Skip to main content

Sejarah dan Latar Belakang Anwar Ibrahim (DSAI) - Perdana Menteri Malaysia ke 10

Dato' Seri Diraja Dr. (HC) Anwar bin Ibrahim (lahir 10 Ogos 1947) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Beliau sebelum ini merupakan ahli politik Malaysia yang telah menjadi ketua pembangkang ke-12 dan ke-16, pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau telah bertugas sebagai ahli parlimen Port Dickson dari Oktober 2018 hingga November 2022 dan Permatang Pauh dari Mac 1982 hingga April 1999 dan sekali lagi dari Ogos 2008 hingga Mac 2015. Beliau juga pernah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia dan memegang beberapa jawatan kabinet dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah perdana menteri terdahulu, Mahathir Mohamad dari 1982 hingga 1998.

Anwar memulakan kerjayanya dalam politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Selepas memasuki Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam BN yang telah lama berkuasa, Anwar telah memegang beberapa jawatan kabinet pada 1980-an dan 1990-an. Beliau merupakan timbalan perdana menteri Malaysia dan menteri kewangan pada 1990-an. Pada 1998, beliau telah dibuang dari semua jawatan oleh perdana menteri Mahathir bin Mohamad.

Beliau kembali sebagai ketua pembangkang dari tahun 2008 hingga 2015 dan menyatukan parti pembangkang menjadi Pakatan Rakyat (PR) yang gagal memenangi pilihan raya umum 2008 dan 2013. Beliau menolak keputusan pilihan raya tersebut dan memimpin sebuah protes menentang keputusan tersebut. Pada 2014, usaha Anwar untuk menjadi ketua menteri Selangor dalam Langkah Kajang telah menyebabkan sebuah krisis politik selama sembilan bulan, yang berakhir apabila beliau dihukum penjara selama lima tahun lagi selepas mendapat tuduhan sodomi kedua pada 2015.

Walaupun masih berada di penjara, Anwar kembali berganding dengan Mahathir Mohamad dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan dalam ketiadaannya yang kemudiannya menang dalam pilihan raya umum 2018. Mahathir telah mengumumkan sebuah rancangan bagi Anwar untuk mengambil alih daripada dirinya sendiri sebagai perdana menteri selepas tempoh peralihan yang tidak ditetapkan. Anwar telah mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan telah dibebaskan daripada penjara. Beliau kembali ke parlimen dalam pilihan raya kecil Port Dickson 2018 semasa isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, menjadi timbalan perdana menteri dalam pentadbiran PH.

Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'. Bapanya ialah Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman ialah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Manakala ibunya ialah Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Semasa kecil, beliau sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita. Pada 26 Februari 1980, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail, seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Wan Azizah dikurniakan seramai 6 cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah pernah dilantik sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Beliau juga mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Popular posts from this blog

Dawn Yang (Dawn Yeo) Before & After

You got to believe for what have seen in the photos below! She, Dawn Yang,  looks totally different before & after she did her plastic surgeries. Spanning outside of Singaporean borders into international internet land, the celebrity Dawn Yang can be seen on her blog and other media outlets as a fashion icon and model. For those of you that don’t know her, Dawn runs her own  blog , which garnered more and more visits and publicity since 2000. Her haters say she’s had plastic surgery and because of her marginally good looks, garners tons of visits. At the same time, she breaks down make up, fashion and style tips for women and has garnered both haters and admirers around the world. Okay, let the pictures do all the talking. Unbelievable!! She turned to a "Beautiful Swan" after she had her plastic surgery. More photos of Dawn Yang before plastic surgery.. Dawn Yang's after plastic surgery photos... 'Am i look gorgeous after i did my plastic surg

Angelababy Before & After Plastic Surgery

I swear before this i didn't know about her. I didn't know who is she and even didn't know where she's from. Firstly i thought she was a porn star, (lol) because she looks alike. Never thought that she is an artist and just know that she is a model too. I heard about her from my friends and knew that she ever did plastic surgeries before. This was really caught my attention, curious max. So i have googled it before she did her plastic surgeries, because i wanted to watch how she looks like before she did her plastic surgeries. Before i posted her old photos, let's see her current's look. She looks sexy and gorgeous  I'm wondering, is it gorgeous girls are like to camwhore?? She looks cute too! >>>>Angela Baby Before Plastic Surgery Omg! Is that she?? Before Angelababy did her plastic surgeries, she looked like omg....!!! See, that's what we called, the power of PLASTIC SURGERY! Can change from an ugly woman to gorgeous!! But for

Alicia Liu is a Transsexual?

Yet another model (Taiwan) exposed as transsexual.Her name is Alicia Liu (劉薰愛). She is a new model but currently she becomes very famous in Taiwan because of her gorgeous appearances. Alicia Lee (小爱) born as a boy and had been changed her sex to female when she was in high school. All her sex change surgery fees was paid by her boy friend. (Her boy friend very supportive huh??) So guys, pls beware, when you want to woo a girl, you have to really make sure that she is a female, coz who knows she is a transsexual??!! She is gorgeous indeed Unbelievable! She don't even looks like a transsexual. Alicia Liu (The left) Alicia Liu before sex change surgery Pls check it out her video ads below. (The purple hair color is Alicia Liu)